Surrender Kereta Kepada Bank 2026

FAQ & Tips Keselamatan Pengguna (PKP)

Q: Apa perlu saya buat jika tidak mampu bayar hutang kenderaan?

Jika anda tidak mampu meneruskan bayaran, anda disarankan untuk berurusan terus dengan pihak bank.


Q: Apa yang TIDAK patut dilakukan jika tidak mampu bayar kereta?

  • ❌ Jangan serahkan kepada pihak ketiga (skim sambung bayar tidak sah)
  • ❌ Jangan sembunyikan kenderaan daripada pihak bank
  • ❌ Jangan jual spare part atau komponen kenderaan

Tindakan ini boleh menyebabkan anda dikenakan blacklist, CCRIS, caj tambahan serta kos penarikan dan penyimpanan.


Q: Apa langkah paling selamat jika tidak mampu bayar?

Langkah terbaik adalah menyerahkan kenderaan terus kepada pihak bank bersama kunci. Bank akan menyimpan kenderaan tersebut dan memberi tempoh kira-kira 21 hari untuk anda membuat tuntutan semula.

Jika tidak ditebus dalam tempoh tersebut, pihak bank berhak melelong kenderaan. Hasil lelong akan digunakan untuk menolak baki hutang, dan lebihan (jika ada) akan dipulangkan kepada pemilik.


Q: Bila bank TIDAK boleh tarik kereta?

  • 🚫 Jika pinjaman belum melebihi 75% (kecuali dengan perintah mahkamah)
  • 🚫 Jika kenderaan berada di kawasan berpagar/kediaman
  • 🚫 Pada hari cuti umum
  • 🚫 Selepas jam 9 malam

Q: Siapa boleh tarik kenderaan secara sah?

Ejen penarik mesti mempunyai Kad Autoriti (EPS) daripada KPDNKK. Jika lebih daripada seorang terlibat, semua mesti memiliki kad EPS yang sah.

Jika tidak, anda berhak membuat laporan polis kerana tindakan tersebut tidak sah di sisi undang-undang.


Q: Apa hak pengguna jika berlaku pelanggaran prosedur?

Anda boleh membuat laporan polis kerana ia melanggar akta dan hak pengguna.


✔ Jadilah pengguna yang bijak dan berpengetahuan.

Ulasan